semalam saya & kak ina tengok video kat youtube..selalu kitorang dengar ceramah agama kat youtube..sebenarnya banyak kelebihan internet ni..kalo dulu buka pc, mesti untuk chat, game @ something like that..alhamdulillah, sekarang Allah gerakkan hati untuk menambah ilmu yg sememangnya tidak berilmu sebelum ni..bila dengar ceramah-ceramah kat youtube, rupanya masih kejahilan dalam diri..semalam dengar pasal topik akidah..mempertikaikan hukum Allah yang mana leh buat kita murtad..ragu dengan humum Allah, bermakna kita ragu dengan Allah..Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang keraguan terhadap segala yang datang daripada Mu, Ya Allah..after that, dengar pasal mandi wajib dan banyak lagi..sebenarnya, semakin kita mendalami Islam, semakin kita tahu & yakin bahawa Islam itu tersangatlah indah dan ianya merangkumi semua aspek kehidupan..dan paling penting, Allah itu Maha Pengampun..Ya Allah, ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan sepanjang kehidupanku di muka bumi ini..amin..
© copyright http://mizzknewrulez.blogspot.com/
Monday, May 23, 2011
Thursday, May 19, 2011
kursus menjahit
diatas saranan mak dan en. li (mak saya yang panggil nama dia camtu), hari ni saya telah berjaya mendaftarkan diri dalam kursus menjahit kat kolej komuniti..kursus pendek je..bukan pe, sekarang susah nak cari tailor..upah menjahit lebih mahal dari harga kain..at least leh try jahit baju sendiri..dan yang paling penting, menambah kemahiran diri yang sememangnya tak mahir langsung dalam segala kemahiran..staf kolej komuniti cakap bila cukup peserta, dia akan kol..excited rasa tunggu nak start kursus jahit..harap-harap menjadi..al maklumlah, saya ni langsung tak pandai menjahit..setakat jahit tangan tudung sekolah & yang koyak-koyak tu boleh lah..lain-lain fail..jahit guna mesin jahit lagi lah tak pandai..tak pernah sentuh pun..yela kan..kat umah saya mana ada mesin jahit..kursus ni murah je..rm1 per hour..jumlah jam kursus 20 jam..so rm20 je..buat pertama kali nak belajar ni, saya daftar untuk kurus jahitan asas baju kurung lu..yang lain-lain, kan tunggu lepas kursus ni..
*sedang mencuba peluang yang ada..nak buat bisnes sendiri, tak mampu dari segi kos..so kena cuba peluang lain..
*sedang mencuba peluang yang ada..nak buat bisnes sendiri, tak mampu dari segi kos..so kena cuba peluang lain..
Wednesday, May 18, 2011
blogger..blogger..blogger..
hairan tgk blogger2 skrg..suka sgt nak burukkan blogger lain..yang A mengata kat B, B lak mengata kat C and everything comes in circle..apalah pekdahnya yang diorang dapat..dah jadi cam trend skrg ni kutuk mengutuk dalam blog..kalo setakat nak kumpul followers baik tak payah..saya ni bukan nak mengata tapi dats the truth..kita kutuk2 orang and at de same time orang pun kutuk kita..nasib baiklah blog saya ni hampeh je..harap-harap takde orang baca blog..karang tak pasal-pasal saya pun kena..tapi rasanya takde sebab orang nak kata pape pasal blog saya kot..alhamdulillah..lagipun saya bukanlah seorang yang pandai berkata2..writing lagilah hampeh..tapi saya leh tulis panjang berjela-jela bila tengah marah tapi (de tapi lagi ) just untuk bacaan saya sorang je..
moral: jangan suka burukkan orang..nanti kita yang nampak buruk..
moral: jangan suka burukkan orang..nanti kita yang nampak buruk..
Subscribe to:
Posts (Atom)