nuffnang

Thursday, May 19, 2011

kursus menjahit

diatas saranan mak dan en. li (mak saya yang panggil nama dia camtu), hari ni saya telah berjaya mendaftarkan diri dalam kursus menjahit kat kolej komuniti..kursus pendek je..bukan pe, sekarang susah nak cari tailor..upah menjahit lebih mahal dari harga kain..at least leh try jahit baju sendiri..dan yang paling penting, menambah kemahiran diri yang sememangnya tak mahir langsung dalam segala kemahiran..staf kolej komuniti cakap bila cukup peserta, dia akan kol..excited rasa tunggu nak start kursus jahit..harap-harap menjadi..al maklumlah, saya ni langsung tak pandai menjahit..setakat jahit tangan tudung sekolah & yang koyak-koyak tu boleh lah..lain-lain fail..jahit guna mesin jahit lagi lah tak pandai..tak pernah sentuh pun..yela kan..kat umah saya mana ada mesin jahit..kursus ni murah je..rm1 per hour..jumlah jam kursus 20 jam..so rm20 je..buat pertama kali nak belajar ni, saya daftar untuk kurus jahitan asas baju kurung lu..yang lain-lain, kan tunggu lepas kursus ni..

*sedang mencuba peluang yang ada..nak buat bisnes sendiri, tak mampu dari segi kos..so kena cuba peluang lain..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...